November 2018

Sempena pertandingan E-Games anjuran PPD Sabak Bernam . SK Seri Sekinchan telahpun mengadakan perlawanan persahabatan yang bertempat di SK Tun Doktor Ismail. Perlawanan ini tidak seperti perlawanan persahabatan sukan yang lain keran perlawanan ini hanya untuk menguji sejauh mana taktik dan cara unttuk menghadapi pihak lawan mengikut tempat perlawanan yang telah disediakan oleh penganjur.

Terima Kasih diucapkan kepada Cikgu Afiq Bin Mohd Yusof kerana sudi menerima kedatangan kami ke sekolah beliau.





Majulah E-Sport untuk Malaysia.



  • Satu pertandingan e-sport telah dianjurkan oleh PPD Sabak Bernam pada 01.11.2018 yang bertempat di Dewan Utama PPD Sabak Bernam. Pertandingan ini merupakan pertandingan yag julung-julung kali diadakan sebagai menyahut seruan Menteri Belia Dan Sukan iaitu YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman untuk memperkasakan E-Games melalui pendidikan . Pertandingan ini telah disertai oleh murid tahun 6 sekolah-sekolah daerah Sabak Bernam sebagai aktiviti masa senggang selepas UPSR. Pada edisi kali ini SK Seri Sekinchan telah menghantar 2 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pemain bagi satu kumpulan. SK Seri Sekinchan tewas dan hanya mendapat tempat yang ketujuh . 

Murid-murid yang menyertai bersama guru pengiring.


Pertandingan sedang berlangsung .


Bantuan diberikan oleh pihak teknikal.


Sesi perbincangan untuk mengatur strategi.


Hadiah tempat ke 7 yang telah disempurnakan oleh Tuan PPD ,Mokhtar Bin Hj Manijo. Turut hadir dibelakang bertali leher merah Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT JPN Selangor, Ismail Bin Che Ani.

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.