March 2020

Alhamdulillah SK Seri Sekinchan sekali lagi telah terpilih sebagai tuan rumah selepas terpilih untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam, kini SKSS sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah untuk Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) bagi zon Sungai Besar. Terdapat 6 acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah  (L ) , Tilawah  (P) , Hafazan (L), Hafazan (P), Daie' Cilik (L) dan Daie' Cilik (P). 

Terdapat 21 buah sekolah yang telah menyertai MQSS zon Sungai Besar pada kali ini. Acara telah berlangsung mengikut tempat-tempat yang telah disediakan. Alhamdulillah pada edisi kali ini, SK Seri Sekinchan mempunyai wakil untuk mewakili daerah Sabak Bernam dalam acara Daie Cilik iaitu adik Insyirah . Adik Insyirah telahpun berjaya mendapat tempat ketiga . Tahniah diucapkan sekali lagi. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Omar Bin Hamsa Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam kerana sudi merasmikan majlis penutup MQSS Zon Sungai Besar.




Tahniah kepada adik Insyirah

Pendaftaran Peserta



Hakim Hafazan Lelaki







Perasmian penutup oleh En Omar Hamsa ,  Timbalan Pegawai Pendidikan  Daerah Sabak Bernam ,Sektor Pembelajaran



Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.