October 2019

Penggunaan ICT dalam pendidikan semakin meluas. Dengan adanya ICT murid dapat membuat latihan dan menjawab soalan dimana-mana sahaja hanya menggunakan komputer. Selain itu ICT juga ia amat menyeronokkan. Quizizz merupakan sebuah aplikasi untuk murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru secara interaktif. Guru boleh membina soalan secara sendiri ataupun menggunakan soalan sedia ada yang telah dibuat oleh guru lain. Jom ikuti tutorial penggunaan Quizizz menggunakan platform Google Classroom. Dengan menggunakan google classroom guru-guru tidak perlu mencipta akaun disamping mendapat akaun premium. Tutorial Guru Memberi Tugasan Menggunakan Quizizz 

 



 Murid Menjawab Quizizz



kredit: Hasnulfikri Mahbot

Sekalung tahniah apabila SK Seri Sekinchan telah dianugerahkan sempena Program High Immersive Program. Anugerah in telahpun diterima oleh Guru Besar SK Seri Sekinchan iaitu Puan Faiezah Bt Talib. Tahniah juga buat Panitia Bahasa Inggeris yang telah menjayakan program ini.

Dr. Maszlee Bin Malik Menteri Pendidikan telah menyampaikan anugerah.

Guru Besar bersama rakan-rakan Guru Besar yang turut menerima anugerah.

Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mulai 1 Julai 2019 ini, sekolah di seluruh negara akan menggunakan perkhidmatan internet yang dibekalkan oleh pihak Telekom Malaysia, Celcom dan juga Maxis Broadband.
Kementerian Pendidikan turut mengatakan yang mana perkhidmatan ini adalah untuk tempoh 6 bulan,sebelum kementerian memilih penyedia perkhidmatan baharu bermula 1 Januari 2020.
Pada masa yang sama, KPM turut mengatakan yang mana susulan berakhirnya perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2, mereka telah memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan Google Classroom menggantikan Frog VLE.
KPM turut menekankan yang mana peralihan ini dilakukan dalam usaha untuk menyediakan penawaran terbaik kepada guru dan juga anak-anak, serta warga sekolah.

Sehubungan dengan itu, SK Seri Sekinchan telahpun mengadakan satu Latihan Dalam Perkhidmatan {LADAP} yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan terhadap Google Classrooom ini. Ladap ini telahpun dibentangkan oleh Cikgu Jaharah dan Cikgu Afiq Syahmi. 






Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.