Articles by "Sekolah"

Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Jom saksikan rakaman penuh video yang dirakam melalui google meet. Tujuan dilakukan google meet ini adalah untuk meraikan Sambutan Hari Guru yang pada kali ini terpaksa disambut melalui alam maya akibat wabak Covid - 19 yang telah melanda dunia. Warga sekolah amatlah terkesan disebabkan tidak dapat menyambut Majlis Persaraan Guru Besar dan juga Cikgu Normah. Sehubungan dengan itu, atas inisiatif pihak sekolah telah merangka pelan untuk menyambut juga tetapi hanyalah menggunakan Google Meet. 



Semoga dengan google meet dapat mengubat kerinduan guru dan juga murid-murid SKSS. Apapun sentiasa jaga kesihatan masing-masing dan kekal duduk di rumah.

Alhamdulillah SK Seri Sekinchan sekali lagi telah terpilih sebagai tuan rumah selepas terpilih untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam, kini SKSS sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah untuk Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) bagi zon Sungai Besar. Terdapat 6 acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah  (L ) , Tilawah  (P) , Hafazan (L), Hafazan (P), Daie' Cilik (L) dan Daie' Cilik (P). 

Terdapat 21 buah sekolah yang telah menyertai MQSS zon Sungai Besar pada kali ini. Acara telah berlangsung mengikut tempat-tempat yang telah disediakan. Alhamdulillah pada edisi kali ini, SK Seri Sekinchan mempunyai wakil untuk mewakili daerah Sabak Bernam dalam acara Daie Cilik iaitu adik Insyirah . Adik Insyirah telahpun berjaya mendapat tempat ketiga . Tahniah diucapkan sekali lagi. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Omar Bin Hamsa Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam kerana sudi merasmikan majlis penutup MQSS Zon Sungai Besar.




Tahniah kepada adik Insyirah

Pendaftaran Peserta



Hakim Hafazan Lelaki







Perasmian penutup oleh En Omar Hamsa ,  Timbalan Pegawai Pendidikan  Daerah Sabak Bernam ,Sektor Pembelajaran



Pada 17-19 Februari 2020, SK Seri Sekinchan telahpun menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam. Acara yang melibatkan 16 buah pasukan ini telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya. Majlis Penutupan telahpun dirasmikan oleh YB Ng Suee Lim selaku Adun Sekinchan. Tahniah buat SJK T Ladang Sabak kerana telah menjuarai edisi pada kali ini. Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara. Tahniah juag buat semua pasukan yang menyertai. Diharapakan SK Seri Sekinchan akan menjuarai kejohanan edisi yang akan datang. 














Jom lihat gambar penuh kejohanan

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.