Sejarah Sekolah



SEJARAH SKSS
Sekolah Kebangsaan Seri Sekinchan dulunya adalah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris  , telah ditubuhkan pada 18.05.1964 dan menggunakan Bahasa   Inggeris sebagai bahasa pengantar. Bermula dari ia ditubuhkan sehingga  31.12.1970 sekolah  ini  telah menumpang  di Sekolah Menengah  Yoke  Kuan iaitu sekolah menengah aliran Inggeris ketika itu. 
Sekolah Rendah Jenis  Kebangsaan Seri Sekinchan telah dijadikan sekolah kebangsaan sepenuhnya pada 12.02.1990 dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Guru  Besar  pertama  mentadbir  sekolah  ini  ialah  En.  Chang   Siew  Tuck dengan bilangan  murid  seramai  150  orang,  15 orang guru dan  2 orang kakitangan bukan  guru. Sekolah   Kebangsaan    Seri   Sekinchan   adalah   sekolah   bantuan   penuh   kerajaan yang terletak di pekan kecil Sekinchan   dalam  Daerah Sabak Bernam dan Mukim Pasir Panjang ia diketegorikan  sebagai  sekolah luar bandar.
Sekolah   ini   mempunyai murid berbilang kaum seperti  Melayu, Cina, India dan   bukan   warganegara. Sekolah ini terletak di kawasan seluas  lima ekar  termasuklah kawasan rumah guru.
Pada tahun 1992, Tn Hj Satari  bin Sadak, Guru Besar ketika itu telah memohon bangunan baru untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Tuan Hj Satari telah bersara pada 4.1.1999 sebelum permohonan tersebut diluluskan.  Tuan Hj Sulam bin Anuar yang menambil alih pula meneruskan permohonan tersebut sehinggalah beliau pula bersara pada 31.6,2001.
 
Guru besar berikutnya Allahyarham Encik Tahril bin Selamat (PCC PJK) yang telah dilantik  pada 1.7.2001 telah menyambung usaha murni Tuan Hj Sulam . Usaha allahyarham tidak kesampaian  apabila  allahyarham  meninggal dunia kerana sakit radang pundi hempedu.
1.11.2003 Puan Hjh Normah bt Jaafar mengambil alih tugas sebagai Guru Besar, beliau telah meneruskan usaha tersebut  di samping terus menambah baik prasarana yang sedia ada. Setelah Pn Hjh Normah bersara pada 21.5.2007,  En Mohd Shafawi bin Sabilan pula mengambil alih tugas sebagai Guru Besar pada 1.7.2007 dan menyambung terus usaha untuk mendapatkan bangunan tambahan. Alhamdulillah, usaha yang berterusan itu telah membuahkan hasil.
Amat menggembirakan, pada ada awal permohonan, hanya satu sahaja bangunan tambahan yang dipohon , tetapi atas usaha  En Mohd Shafawi sebagai Guru Besar, dua bangunan telah diluluskan untuk didirikan iaitu satu bangunan dua tingkat untuk  j-Qaf dan satu bangunan empat tingkat untuk menempatkan  Bilik Guru, Bilik Mesyuarat dan  Pejabat  Pentadbiran.
Kerja-kerja mengukur tanah bermula pada 24.7.2009 dan kerja pecah tanah pada Ogos 2009. Bangunan ini sepatutnya siap  pada 21.7.2010 tetapi telah tertunda sehingga 19.9.2010. Oktober 2010 dua bangunan tambahan tersebut siap sepenuhnya. Pada 17.11.2010 pejabat pentadbiran, bilik guru dan bilik-bilik darjah  berpindah ke bangunan baru. Di Blok A, yang sebelum ini terletak pejabat pentadbiran, bilik guru dan PSS telah dijadikan  sebagai bilik Bimbingan & Kaunseling  dan  bilik PSS .
Sekolah Kebangsaan Seri Sekinchan turut menjadi sekolah perintis bagi Bahasa Tamil di sekolah kebangsaan yang bermula pada tahun 2003. Pada  tahun 2010, banyak perubahan  prasarana SKSS telah dilakukan supaya persekitaran kondusif dan memberi keselesaan  kepada  semua warganya. Pada 9 hb Disember 2010 satu lagi peristiwa sejarah berlaku yang mana bangunan baru tersebut  telah  dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Yassin Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
Alamat   sekolah   :
  SK Seri Sekinchan,
  Jalan   Parit   6,
  45400  Sekinchan,
  Selangor   Darul  Ehsan
Kod  Sekolah : BBB6030                     No. tel /Fax: 603 -32410569

Post a Comment

[blogger]

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.