Articles by "Sekolah"

Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Apakah Green Guardian Mobile Classroom?



Dipimpin oleh Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dengan kerjasama Green Guardian, projek Green Guardian bertujuan untuk mendidik kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun tentang kepentingan memupuk amalan hijau ke arah masa depan yang mampan.

Pusat Penjaga Hijau ini berpusat di The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya dan dilengkapi dengan teknologi seni dan kesan simulasi untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang mempesonakan.

Daripada menggunakan kaedah pengajaran kelas tradisional, program ini akan mendidik kanak-kanak melalui cara yang menyeronokkan, inovatif dan pengalaman. Dengan bantuan kakitangan yang ramah di tengah-tengah, kanak-kanak akan belajar dan memahami konsep kelestarian dan 'pergi hijau' melalui bilik darjah interaktif dengan teknologi berasaskan teknologi tinggi dan kandungan video yang dikawal.

Pusat ini juga menyediakan program 'Satu untuk Satu', yang menggalakkan kanak-kanak menukar buku atau bahan bacaan lain untuk memelihara alam sekitar dan mempromosikan budaya membaca.

Murid-murid menunggu giliran

Murid-murid diminta beratur sebelum bergerak ke green mobile





Murid-murid diberi penerangan oleh Green Guardian Farah

Antara alat yang canggih yang terdapat dalam green classroom

Murid-murid diberi penerangan oleh green guardian.

Antara aktiviti yang dianjurkan 

Penerangan mengenai kereta solar.

Video 360 darajah yang sangat menarik.


Puan Faiezah , Guru Besar SK Seri Sekinchan juga sempat melawat Green Classroom.

Sesi Bergambar


Giiran kelas lain pula.



Murid-murid yang teruja hendak merasai pengalaman .

Sempena memperingati tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W , SK Seri Sekinchan melalui Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah yang bertemakan " Negara Rahmah Ummah Sejahtera". Sambutan bermula selepas tamat perhimpunan pagi dengan murid-murid berarak dengan berselawat ke atas nabi bersama guru-guru.

Seterusnya, diadakan Pertandingan Mewarna bagi tahap 1 dan Pertandingan Menulis Jawi & Khat bagi tahap 2. Majlis diteruskan lagi dengan kuiz spontan pada waktu rehat. Akhir sekali majlis ditutup dengan ucapan penutup oleh Guru Besar SK Seri Sekinchan iaitu Puan Faiezah Bt Talib dan majlis penyampaian hadiah.














Penggunaan ICT dalam pendidikan semakin meluas. Dengan adanya ICT murid dapat membuat latihan dan menjawab soalan dimana-mana sahaja hanya menggunakan komputer. Selain itu ICT juga ia amat menyeronokkan. Quizizz merupakan sebuah aplikasi untuk murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru secara interaktif. Guru boleh membina soalan secara sendiri ataupun menggunakan soalan sedia ada yang telah dibuat oleh guru lain. Jom ikuti tutorial penggunaan Quizizz menggunakan platform Google Classroom. Dengan menggunakan google classroom guru-guru tidak perlu mencipta akaun disamping mendapat akaun premium. Tutorial Guru Memberi Tugasan Menggunakan Quizizz 

 



 Murid Menjawab Quizizz



kredit: Hasnulfikri Mahbot

Sekalung tahniah apabila SK Seri Sekinchan telah dianugerahkan sempena Program High Immersive Program. Anugerah in telahpun diterima oleh Guru Besar SK Seri Sekinchan iaitu Puan Faiezah Bt Talib. Tahniah juga buat Panitia Bahasa Inggeris yang telah menjayakan program ini.

Dr. Maszlee Bin Malik Menteri Pendidikan telah menyampaikan anugerah.

Guru Besar bersama rakan-rakan Guru Besar yang turut menerima anugerah.


Pada hari Sabtu 21 September 2019 telah pun berlangsung 1 bengkel iaitu Bengkel Readers Theatre di bawah Program Immersif Tinggi (HIP). Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dalam Kemahiran Membaca Bahasa Inggeris bagi murid Tahun 4. Program ini telah dikendalikan oleh Panitia Bahasa Inggeris bersama-sama dengan mentor HIP iaitu Puan Asma Binti Ahmad bersama-sama pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah ALam sebagai fasilitator. Program ini juga telah menjemput Encik Radhi Khalid sebagai tetamu istimewa.

Murid-murid mendaftar


Aktiviti yang dikendalikan oleh fasilitator

Senaman dahulu.





Encik Radhi Kahlid bersama-sama mengikuti aktiviti









style="display: none;"

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.