Terima kasih diucapkan buat Cikgu Sharimah Bt Bakar atas jasa dan dedikasi beliau terhadap SK Seri Sekinchan. Cikgu Sharimah merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid . Sepanjang di SK Seri Sekinchan, beliau telah menunjukkan semangat yang luar biasa semasa mentadbir sekolah. Cikgu Sharimah yang diberi nama timangan "sherry" juga seorang yang mesra dan peramah. Tidak hairanlah beliau sangat disenangi oleh semua guru dan murid-murid SK Seri Sekinchan. Kami warga SK Seri Sekinchan mengucapkan " Selamat Maju Jaya " kepada Cikgu Sharimah Bt Bakar.
Pada hari Sabtu 21 September 2019 telah pun berlangsung 1 bengkel iaitu Bengkel Readers Theatre di bawah Program Immersif Tinggi (HIP). Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dalam Kemahiran Membaca Bahasa Inggeris bagi murid Tahun 4. Program ini telah dikendalikan oleh Panitia Bahasa Inggeris bersama-sama dengan mentor HIP iaitu Puan Asma Binti Ahmad bersama-sama pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah ALam sebagai fasilitator. Program ini juga telah menjemput Encik Radhi Khalid sebagai tetamu istimewa.
Murid-murid mendaftar
Aktiviti yang dikendalikan oleh fasilitator
Senaman dahulu.
Encik Radhi Kahlid bersama-sama mengikuti aktiviti
Tahniah buat SK SERI SEKINCHAN yang telahpun dipilih sebagai perintis bagi program Just2easy. Program ini telahpun digunapakai di dalam sistem pendidikan di negara-negara lain antaranya Filipina, England dan banyak lagi.
Program ini dilihat lebih mudah dan mesra pengguna selain lebih menarik. Antara subjek yang boleh menggunakan aplikasi ini ialah Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Berikut adalah contoh paparan just2easy.