Latest Post

1 Julai telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai hari pembukaan sekolah bagi murid-murid Pra Sekolah. Namun sempena norma baharu ini murid-murid tersebut hanya dibenarkan hadir secara bergili-gilir . Bagi setiap kelas hanya ditetapkan seramai 12 orang murid sahaja yang boleh hadir. SK Seri Sekinchan telah didatangi oleh wakil Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, iaitu Puan Hanisah untuk melihat bagaimana prosedur sempena norma baharu dilakukan di SK Seri Sekinchan.
Ibu bapa dan murid melakukan penjarakan sosial sebelum diambil suhu dan kehadiran murid.

Guru - guru juga perlu menggunakan QR code untuk kehadiran.


Para pentadbir melihat SOP yang dibuat.
Pentadbir bersama Encik Rosli B. Jarai Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam
Anggota polis dijemput untuk memastikan SOP dijalankan dengan baik.

Kedatangan Puan Hanisah , Wakil JPN Selangor

Add caption



















Jom saksikan rakaman penuh video yang dirakam melalui google meet. Tujuan dilakukan google meet ini adalah untuk meraikan Sambutan Hari Guru yang pada kali ini terpaksa disambut melalui alam maya akibat wabak Covid - 19 yang telah melanda dunia. Warga sekolah amatlah terkesan disebabkan tidak dapat menyambut Majlis Persaraan Guru Besar dan juga Cikgu Normah. Sehubungan dengan itu, atas inisiatif pihak sekolah telah merangka pelan untuk menyambut juga tetapi hanyalah menggunakan Google Meet. 



Semoga dengan google meet dapat mengubat kerinduan guru dan juga murid-murid SKSS. Apapun sentiasa jaga kesihatan masing-masing dan kekal duduk di rumah.

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.