Latest Post


Jasamu dikenang ,
Budimu tak terbilang,
 Semangatmu dijulang,
 Kepimpinanmu gemilang .


Terima kasih diucapkan buat Cikgu Sharimah Bt Bakar atas jasa dan dedikasi beliau terhadap SK Seri Sekinchan. Cikgu Sharimah merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid . Sepanjang di SK Seri Sekinchan, beliau telah menunjukkan semangat yang luar biasa semasa mentadbir sekolah. Cikgu Sharimah yang diberi nama timangan "sherry" juga seorang yang mesra dan peramah. Tidak hairanlah beliau sangat disenangi oleh semua guru dan murid-murid SK Seri Sekinchan. Kami warga SK Seri Sekinchan mengucapkan " Selamat Maju Jaya " kepada Cikgu Sharimah Bt Bakar.
Menyerahkan tugas




Ucapan Wakil Murid

Ucapan Wakil Murid


Ucapan Pengerusi BAKE

Cikgu Sharimah yang ceria.

Ucapan wakil pentadbir.

Persembahan nyanyian murid-murid tahun 5.

























Pada hari Sabtu 21 September 2019 telah pun berlangsung 1 bengkel iaitu Bengkel Readers Theatre di bawah Program Immersif Tinggi (HIP). Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dalam Kemahiran Membaca Bahasa Inggeris bagi murid Tahun 4. Program ini telah dikendalikan oleh Panitia Bahasa Inggeris bersama-sama dengan mentor HIP iaitu Puan Asma Binti Ahmad bersama-sama pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah ALam sebagai fasilitator. Program ini juga telah menjemput Encik Radhi Khalid sebagai tetamu istimewa.

Murid-murid mendaftar


Aktiviti yang dikendalikan oleh fasilitator

Senaman dahulu.





Encik Radhi Kahlid bersama-sama mengikuti aktiviti









style="display: none;"



Tahniah buat SK SERI SEKINCHAN yang telahpun dipilih sebagai perintis bagi program Just2easy. Program ini telahpun digunapakai di dalam sistem pendidikan di negara-negara lain antaranya Filipina, England dan banyak lagi.

Program ini dilihat lebih mudah dan mesra pengguna selain lebih menarik.  Antara subjek yang boleh menggunakan aplikasi ini ialah Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Berikut adalah contoh paparan just2easy.



 Modul Just2easy

 Penggunaan ICT yang dapat menarik minat


Antara kuiz yang terdapat dalam just2easy
Penerangan oleh Sir Asraf & Cikgu Sallehuddin



Jom sama-sama kita support program IM Free sekolah. Yang bertemakan #Be Smart Dont Start.

APA ITU IM FREE ?


Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan hari ini, melancarkan Program IMFree bagi membanteras gejala merokok dalam kalangan murid sekolah rendah di seluruh negara. Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P Kamalanathan, berkata program terbabit bertujuan meningkatkan kesedaran memerangi faktor dan risiko merokok kepada generasi muda. Katanya, program itu dimulakan sejak tahun lalu membabitkan 36 sekolah rintis. Program itu membabitkan 480,000 pelajar di 1,500 sekolah rendah di seluruh negara, menjelang 2021. "Difahamkan, sehingga kini 40,000 murid daripada lebih 300 sekolah di seluruh negara sudah mengikuti program ini. "Ini bermakna hanya 19.3 peratus sekolah yang melaksanakan program IMFree, berbanding 7,772 sekolah rendah di seluruh negara.

 JOM SAKSIKAN VIDEO YANG DILAKONKAN OLEH MURID-MURID SKSS



Klik follow instagram imfreeskss
https://instagram.com/imfreeskss?igshid=7hph2iebdvyo

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.