Ladap Zipgrade

Pada 23 Jan 2019 telah berlangsungnya ladap berkaitan ICT . Sememangnya ICT dan guru tidak boleh dipisahkan. ICT bukan sahaja dapat memudahkan kerja para guru malah ia juga dapat menjadikan pengajaran guru itu lebih menarik. Pada kali ini ladap@perkongsian adalah mengenai Zipgrade. Zipgrade ini merupakan satu aplikasi yang dapat memudahkan para guru untuk menanda kertas soalan.  Dengan Zipgrade guru hanya memerlukan perlatan seperti telefon pintar dan juga laptop . Dengan adanya Zipgrade , guru-guru tidak lagi perlu membulatkan borang OMR dengan menggunakan ubat nyamuk lagi dan menggunakan helaian lain untuk menanda kertas objektif murid-murid.

Ladap pada kali ini telah pun diberikan oleh peceramah jemputan iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Khir Johari , iaitu Cikgu Wahyu yang juga seorang penanda kertas peperiksaan Matematik untuk UPSR. Sememangnya penerangan dan tunjuk ajar yang diberikan amat bermakna buat guru-guru SK Seri Sekinchan.


Penceramah bersama dengan guru besar






Guru-guru tekun mendengar ladap yang diberikan


Borang Omr yang dijana dari aplikasi Zipgrade




Labels: , ,

Post a Comment

[blogger]

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.