Bak kata pepatah "Jika Tidak Dipecahkan Ruyung , Manakan Dapat Sagunya" begitulah dapat diumpamakan seperti para jurulatih dan pemain bola baling SK Seri Sekinchan. Pasukan Bola baling perempuan telahpun menjadi johan sekali lagi sekaligus menjadi johan selama 3 tahun berturut-turut. Berkat bimbingan oleh Cikgu Salehuddin dan Cikgu Rais , telah menjadikan pasukan bola baling SK Seri Sekinchan sebuah pasukan yang digeruni oleh lawan dari sekolah-sekolah lain. pasukan bola baling lelaki juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya mendapat tempat ketiga pada kejohanan kali ini.Tahniah diucapkan sekali lagi atas kejayaan mereka.
Untuk melihat gambar lain sila klink link >>>> KLIK DI SINI
Post a Comment