Ladap Google Classroom

Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mulai 1 Julai 2019 ini, sekolah di seluruh negara akan menggunakan perkhidmatan internet yang dibekalkan oleh pihak Telekom Malaysia, Celcom dan juga Maxis Broadband.
Kementerian Pendidikan turut mengatakan yang mana perkhidmatan ini adalah untuk tempoh 6 bulan,sebelum kementerian memilih penyedia perkhidmatan baharu bermula 1 Januari 2020.
Pada masa yang sama, KPM turut mengatakan yang mana susulan berakhirnya perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2, mereka telah memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan Google Classroom menggantikan Frog VLE.
KPM turut menekankan yang mana peralihan ini dilakukan dalam usaha untuk menyediakan penawaran terbaik kepada guru dan juga anak-anak, serta warga sekolah.

Sehubungan dengan itu, SK Seri Sekinchan telahpun mengadakan satu Latihan Dalam Perkhidmatan {LADAP} yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan terhadap Google Classrooom ini. Ladap ini telahpun dibentangkan oleh Cikgu Jaharah dan Cikgu Afiq Syahmi. 






Labels: ,

Post a Comment

[blogger]

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.