Latest Post



Jom sama-sama kita support program IM Free sekolah. Yang bertemakan #Be Smart Dont Start.

APA ITU IM FREE ?


Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan hari ini, melancarkan Program IMFree bagi membanteras gejala merokok dalam kalangan murid sekolah rendah di seluruh negara. Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P Kamalanathan, berkata program terbabit bertujuan meningkatkan kesedaran memerangi faktor dan risiko merokok kepada generasi muda. Katanya, program itu dimulakan sejak tahun lalu membabitkan 36 sekolah rintis. Program itu membabitkan 480,000 pelajar di 1,500 sekolah rendah di seluruh negara, menjelang 2021. "Difahamkan, sehingga kini 40,000 murid daripada lebih 300 sekolah di seluruh negara sudah mengikuti program ini. "Ini bermakna hanya 19.3 peratus sekolah yang melaksanakan program IMFree, berbanding 7,772 sekolah rendah di seluruh negara.

 JOM SAKSIKAN VIDEO YANG DILAKONKAN OLEH MURID-MURID SKSS



Klik follow instagram imfreeskss
https://instagram.com/imfreeskss?igshid=7hph2iebdvyo




Pada 14.03.2019 telah diadakan satu ceramah berkaitan wabak denggi yang telah menular di daerah Sekinchan dan Sungai Besar. Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bahayanya wabak denggi kepada murid-murid dan juga guru. Terdapat 2 jenis nyamuk aedes iaiatu albopictus vs aegypti. Namun aegypti ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan sesorang terkena penyakit denggi berdarah. Murid-murid juga diberitahu bagaimana untuk mencegah penyakit ini. Penyakit ini tidak mempunyai ubat namun ia boleh dicegah. Setakat ini bilangan kematian yang dicatat di Sungai Besar adaah seorang. Jadi, marilah sama-sama kita mencegah wabak ini agar tidak berleluasa.








Terima Kasih tidak terhingga kepada Guru Pusat Sumber SK Berjaya , yang menyambut kedatangan kami dengan baik sekali. Tujuan Penanda Aras pada kali ini adalah untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai Pusat Sumber di samping memberi pendedahan kepada Penyelaras Pusat Sumber yang baru iaitu Puan Siti Norsarifah Hanim Bt Surati tentang bagaimana urus tadbir sebuah Pusat Sumber Sekolah.

Pondok Hasil Kerja Murid

Guu-guru sedang berbincang.


Kaunter Sirkulasi

Fail yang kemas dan tersusun.

Bilik Nilam

Terdapat ruang bercerita di sudut belakang.

Kad guru dan murid untuk meminjam buku.




Penggunaan barcode scanner yang amat memudahkan guru Pusat Sumber.

Contoh kad barcode murid

Tunjuk cara penggunaan scanner

Sistem yang memudahkan untuk mengesan murid yang meminjam buku.



Kreativiti guru PSS menggunakan plastik laminate untuk dijadikan tempat meletakkan kad.

Sijil-sijil yang diperoleh.

Sudut bercerita yang cantik.

Sudut i-think dan laluan yang menarik.

Bilik tayang


Bak kata pepatah "Jika Tidak Dipecahkan Ruyung , Manakan Dapat Sagunya" begitulah dapat diumpamakan seperti para jurulatih dan pemain bola baling SK Seri Sekinchan. Pasukan Bola baling perempuan telahpun menjadi johan sekali lagi sekaligus menjadi johan selama 3 tahun berturut-turut. Berkat bimbingan oleh Cikgu Salehuddin dan Cikgu Rais , telah menjadikan pasukan bola baling SK Seri Sekinchan sebuah pasukan yang digeruni oleh lawan dari sekolah-sekolah lain. pasukan bola baling lelaki juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya mendapat tempat ketiga pada kejohanan kali ini.Tahniah diucapkan sekali lagi atas kejayaan mereka.





Untuk melihat gambar lain sila klink link >>>> KLIK DI SINI

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.