Sambutan Maulidur Rasul
Sempena memperingati tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W , SK Seri Sekinchan melalui Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah yang bertemakan " Negara Rahmah Ummah Sejahtera". Sambutan bermula selepas tamat perhimpunan pagi dengan murid-murid berarak dengan berselawat ke atas nabi bersama guru-guru.
Seterusnya, diadakan Pertandingan Mewarna bagi tahap 1 dan Pertandingan Menulis Jawi & Khat bagi tahap 2. Majlis diteruskan lagi dengan kuiz spontan pada waktu rehat. Akhir sekali majlis ditutup dengan ucapan penutup oleh Guru Besar SK Seri Sekinchan iaitu Puan Faiezah Bt Talib dan majlis penyampaian hadiah.

Sekalung tahniah apabila SK Seri Sekinchan telah dianugerahkan sempena Program High Immersive Program. Anugerah in telahpun diterima oleh Guru Besar SK Seri Sekinchan iaitu Puan Faiezah Bt Talib. Tahniah juga buat Panitia Bahasa Inggeris yang telah menjayakan program ini.